ORANGkuat

Sunday, January 23, 2011

A Girl Name : Zulaikha Ahmad Kamal ツ


31mac1991 ; 7.46 pm dapat melihat dunia ni .
dilahirkan dengan penuh kasih dan sayang dari In Ayah , Pn Ibu dan Pn Makngah .
turut disayangi oleh Si Abang-abang .
Setelah 13hari merasai susu dari Pn Ibu ,
nama diberi oleh Pn Makngahnama yang cukup-cukup ringkas .
Zulaikha Binti Ahmad Kamal .
Kemudiannya Si Bayi dijaga , dibelai , dididik oleh Pn Makngah .
Kerana Pn Ibu dan In Ayah perlu mencari rezeki .
Pn Ibu seorang pensyarah . In Ayah seorang pegawai felda .
Walaupun begitu , mereka tidak pernah lupa untuk pulang setiap minggu untuk bermanja dengan Si Bayi .

Tapi , ketika berusia 4tahun Si Bayi dan keluarganya telah ditinggalkan oleh In Ayah .
Pn Ibu dan In Ayah telah bercerai .
Mungkin setakat itu sahaja rezeki mereka .
Malang lagi buat Si Bayi dan Si Abang-abang apabila setahun selepas itu , Pn Ibu turut meninggalkan mereka .
Pn Ibu meninggal dunia . Menghidap kanser payudara .
Setelah itu , tinggallah Si Bayi dan Si Abang-abang bersama Pn Makngah .
dibelai seperti anak sendiri , dididik untuk menjadi yang terbaik , diasuh untuk menjadi yang sempurna .
Dalam ketegasan , diselitkan sayang yang terlalu kuat buat Si Anak-anak Yatim ini .
Dan buat Si Anak-anak Yatim ini , dialah yang terbaik .
dialah pengganti yang paling tepat untuk tempat Pn Ibu dan In Ayah .
Pn Makngah sering tersenyum pabila mendengar kejayaan dari anak-anak buahnya ini .
Dia juga akan menitiskan airmata pabila Si Anak-anak Yatim mengadu kerana rindukan Pn Ibu dan In Ayah .

Hari berganti hari , Tahun berganti tahun .
Si Anak-anak Yatim kini semuanya telah dewasa .
Si Bayi bukan lagi budak hingusan . Kini dipanggil Si Gadis .
 18tahun Si Gadis dan Si Abang-abang menumpang kasih bersama Pn Makngah ,
sekali lagi mereka terpaksa akur .
Akur dengan ketentuan Ilahi yang mereka kini perlu hidup berdikari .
Tiada Pn Ibu , tiada In Ayah dan juga tiada lagi Pn Makngah .
Pn Makngah pergi jua . Akibat penyakit strok yang ditanggungnya .
Si Gadis mula putus asa untuk hidup . Terasa hidupnya kosong .
Punah segala harapan . 
ketika itu , yang disisi cuma Si Abang-abang , In Mucuks , Pn & In Sepupu dan Si Kawan-kawan .
Boleh sahaja Si Gadis  melakukan apa sahaja ketika itu .
tetapi kehadiran mereka menjadi pencucuh semangat Si Gadis ketika itu .
Terima Kasih dari Si Gadis .
Kini , Si Gadis mula merasai nikmat berkeluarga kembali .
Terima kasih buat In Mucuks , bakal Pn Ibu Mertua , bakal In Ayah Mertua  .
Mereka tersangatlah baik buat Si Gadis .
Dilayan seperti anak sendiri .
Kini , Si Gadis telah berjaya menghabiskan pelajarannya di Politeknik Ungku Omar dalam bidang Ukur Tanah .
InsyaAllah , andai rezeki menyebelahi Si Gadis , dia bakal meneruskan lagi pelajarannya .
Sama-samalah kita doakan supaya Si Gadis akan terus tabah menghadapi cabaran dimasa hadapan .
AMIN .




Cuma Si Gadis mula terfikir :
siapa yang akan bersamanya disaat hari kemenangannya : Hari Konvokesyen .
Mungkin dia keseorangan . Kasihankan Si Gadis itu ?


No comments: