ORANGkuat

Saturday, December 24, 2011

UJIAN :')


Assalamualaikum wbt. Salam 1Malaysia. Hey korang! Sihat?? Alhamdulillah..semoga semuanya dibawah lindunganNya. I? Alhamdulillah jugak.  Makin hari makin sembuh. Makin hari makin kuat kot. Mesti korang tertanya-tanyakan,I sakit apa ye?? Hee J

Actually, I terlibat dengan satu kemalangan. Teruk tu taklah, tapi sakit tu, sampai harini lah jugak. 18hb November  2011. Dah dekat sebulan jugaklah. Nak elak dari teruk dilanggar, I pulak yg lagi teruk. I nak elak dari dilanggar oleh orang mabuk , tapi last-last orang tu takde pape, I pulak yg sakitnya. Yang lebih sakitnya bila orang tu boleh pulak pegi je macam tu. Terlentanglah I sorang-sorang. Dah macam nangka busuk pun ada.

Kalau I nak kata kat China je orang ramai boleh ignorekan orang yg excident,  rupanya I silap besar haritu. Rupanya kat Malaysia pun ada jugak manusia yang macam tu. Even tak semua, tapi I rasa nak menangis je time tu. Terkapai-kapai I mintak tolong diorang alihkan moto yang hempap I tu. Tapi boleh pula diorang tengok then terus macam tu je. Bukan 1, tapi dalam 4buah kereta jugaklah. Dalam 15minit lepas tu, barulah ada yang membantu. Itupun nasib I lah ada makcik yang lalu kat situ. Dialihnya moto I, diheretnya I ketepi dan dia jugaklah yg tolong dapatkan bantuan. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih makcik.

I ditahan wad sebab kaki I disahkan patah. Masa tu I rasa macam biasa je. Sakit tu memanglah sakit. Tapi bila tengok ramai yang datang melawat I, hilang semua sakit tu. Kalau dulu, I rasa macam takde sapa-sapa, tapi bila jadi macam ni, baru I tahu,ramai yg masih sayangkan I. Doktor pakar sahkan yang tulang kaki I hancur sikit. Jadi I terpaksa jalani pembedahan untuk masukkan besi dan gantikan tulang yang hancur tu dengan tulang pinggang I. Perasaan masa tu?? Tak payah ceritalah punya kecut.

21hb Nov pembedahan dijalankan. Operation yg mengambil masa selama 6jam. I separuh sedar, terketaq-ketaq dalam bilik tu. Hee J I tak rasa apa-apa pun time tu, yang I dapat rasa, waktu diorang ambik tulang pinggang ni. Ngilu tau. J Semuanya berjalan dengan lancar, masa I dalam bilik pulih, ubat kebas mula hilang. I pun mulalah lembik. Doktor berikan I bantuan oksigen sebab nafas I mula tak stabil. Dan yang paling I tak tahan, time doctor tebuk kaki I untuk masukkan tiub vakum. Perggh.tebuk hidup-hidup kot! Sakitnya Tuhan je taulah. Vakum tu berfungsi as penyedut darah-darah beku. Sakit?? Memang itulah yg paling sakit antara semua.

I dihantar balik ke wad. Vakum tu masih lg tergantung pada kaki i. masa tu I dah mula kalah,I menangis jugaklah akhirnya. Seriously, sgt2lah sakit. I dah mulai lemah, nurse terpaksa uruskan semuanya. Masa tu, takde lg dah perasaan malu. Sebab rasa sakit lg melampau rasanya. Vakum tu ada pada I selama 8jam,sepanjang tu jgklah I reyau.hahaha J merayu-rayu I kat doctor cabutkan benda alah tu, last-last cabut jugak.

Lepas je cabut, barulah I boleh senyum. Makan pun barulah lalu. Dan esoknya I gagahkan jugaklah diri jalan guna tongkat. Sebab doctor kata, if I boleh jalan guna tgkat, I bolehlah keluar. Sakit tu memanglah, tapi terpaksalah jugak berlakon. I dah bosan tidor wad. Dan esoknya I dah boleh balik. Masa tu punyalah bersemangat. Cuma yang tak berapa nak bersemangat, bila terpaksa balik menyusahkan orang.



Wednesday, November 16, 2011

Alhamdulillah :)


Alhamdulillah. YES,the great words for this. Lama dah i tunggu saat-saat nak tengok keputusan macam ni. Then, yang paling terbaiknya bila nampak lambang poli tu. Aww.sangat-sangat romantik. hahah! Akhirnya, dapat juga i cont study. InsyaAllah, i akan daftar 20 Disember ni. Hey, tade dah lepas ni nak manggedik-gedik sana sini. hahah. Itu pesanan terbaik dari Abang-abang.

:)

InsyaAllah, i akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya. Doakan i berjaya. Buat Abang-abang, In Mucuk, Makcik & Pakcik, terima kasih atas semua sokongan kalian. Jasa baik mereka i takkan lupakan. Semoga
masih ada sinar disana kan? AMIN.




Friday, October 14, 2011

NO ONE.




Hey , sorry.
Lama sungguh tak drop something kat sini.
Sangat-sangat kekeringan idea PLUS triple malas.
Soooo sorry for that. InsyaAllah , lepas ni nak active baliklah :)
Senyum selalu .








Saturday, August 13, 2011

Minggu ke-2 Ramadhan .

Assalammualaikum semua !! Sihat ?? Alhamdulillah , semoga semuanya berada dibawah lindunganNya .AMIN. macam mana puasa korang ?? ada rongak tak ? hee :) Adalah dua tiga orang yang tanyakan asal lama i tak update apa-apa . Hey , i busy bagailah sekarang ni . Bangun subuh siapkan sahur , then siap-siap pegi keja , balik keja dah busy sediakan makanan berbuka , habis terawih i akan terus tidur . Macam tulah hari-hari seterusnya .

Kalau dulu , i tak perlu pikirkan apa-apa pun pasal puasa atau raya . Tapi sekarang , semuanya perlukan perancangan dari awal . Kalau boleh , kami pun nakkan hari raya macam orang lain jugak . hee . cerita pasal raya , ok , i jadi sebak . Kadang-kadang tu , i tak rasa i kuat untuk hadapi semua ni . I miss my 'mak' . I miss my 'makngah' . Kalau boleh putarkan balik , i nak cium diorang puas-puas . I nak dakap diorang sekuatnya .


I tak setabah yang disangkakan . Bukan mudah untuk hadapi kehilangan orang yang paling penting dalam hidup ni . Kalau bulan-bulan lain , sebaknya mungkin tak sesebak bulan Ramadhan dan Syawal . Sebabnya , bila sebut ja bulan-bulan ni , semua orang pasti akan bayangkan keluarga masing-masing kan ?? :)


Tapi inilah kehidupan kan ? Dari mana kita datang , ke situlah juga kita kembali .I sayangkan mereka . Terlalu sayang . Tapi Allah lebih sayangkan mereka . Allah dah pinjamkan mereka buat i , dan bila tiba masanya , mereka diambil balik . I redha . Mungkin Allah nak suruh i berdikari . Nak suruh i bukak mata supaya kenal eri kehidupan dan sentiasa menghargainya . Doakan i supaya terus tabah ye !




*dah takleh menaip , tacing woo !!


Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN :')

Assalammualaikum wbt . hai semua !! semoga semua readers berada dalam keadaan sihat walafiat . AMIN ... hey , pejam celik , pejam celik Ramadhan tiba lagi . tahun kedua i berpuasa tanpa makngah i dan tahun ke lima belas bepuasa tanpa ibu ayah . sedihkan ?? hee :')
Kalau dulu , i tak perlu nak pikirkan pasal barang rumah , minyak , beras , tapi sekarang ? Walaupun i ni si adik , tapi i seorang saja yang perempuannya , jadi i lah yang selalunya yang akan setkan pasal semua tu . I pun nakkan ramadhan macam orang lain jugak .

Even i takkan dapat macam yang lain , bersama-sama ibu ayah , kaum keluarga masing-masing , tapi i bersyukur . sekurang-kurangnya i masih ada si abang-abang disisi . ALHAMDULILLAH . semoga mereka sentiasa disisi i untuk sama-sama dikala susah dan senang .

Kalau dulu , i dengan makngah mesti dah eksited sebab malamnya nak pergi terawih . tapi sekarang ?? i masih lagi kekalkan terawih , cuma bila i toleh untuk salam dengan jemaah , i dah tak nampak wajah makngah i . seriuslly i tersangatlah rindukan wajah itu . Semoga Allah tempatkan dia bersama orang-orang mukmin . Amin ..

Dan tahun ni jugak, tahun kedua i bersama In Mucuks . Cuma bezanya , tahun lepas masing-masing tak kerja . so mestilah kehulu-kehilir berkepit . heee :) *macamlah sekarang tak -.-' berkepit jugaklah , cuma tak macam dulu . hehehe . Dan tahun lepas jugak , i ni tak berapa nak rapat lagi dengan familynya . InsyaAllah , esok i dengan abang-abang berbuka kat rumah sana kot .*haish , macam dah comform nak jadi rumah kau je . hahah

I rasa , sampai sini jelah dulu . Sebelum tu , i nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat seluruh umat Islam di seluruh dunia . Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya . Salam Ramadhan , dan doakan i dapat menjalani ibadah puasa  ni dengan sebaik dan setabahnya ye !! AMIN .. :)

Saturday, July 23, 2011

happy BELATED birthday .


Assalamualaikum semua . sihat ?? lama kan i tak update apa-apa kat sini ?? sebuk sungguhlah konon -.-' sampaikan i lupa nak wish birthday untuk si kakak yang i sayang ni . hee :) bodek lagi ni .


Selamat hari jadi kak mimi ! Semoga semua yang dihajati akan menjadi kenyataan tau . Eka sentiasa doakan yang terbaik untuk kak mimi . Semoga senyuman manis tu tak lekang dari bibir akak .
Terima kasih untuk semuanya . Perhatian , teguran , gurauan . Eka rindu akak sangat lah . rindunya masa-masa lepas kita . I LOVE YOU MUCH !! 

*satu lagi ; SELAMAT BERPUASA  :)

Wednesday, June 29, 2011

WE ARE NOT PERFECT - COUPLE CONTEST

Assalamualaikum semua .. Semoga semunya dalam keadaan bahagia sentiasa ye . Hey , harini i nak join contestlah . Contest ni macam comel . Contest yang bertajuk ' WE ARE NOT PERFECT - COUPLE CONTEST ' . Nak tengok tak banner dia ?? Hee .. ni ha ..

Then ini adalah syarat-syaratnya .
Hadiahnya berupa wang tunai bernilai .. ;
 

Dan ...

haha.memang i cerdik terlebih ni . i pun buat entry ni 30 JUN 2011 jugak .
Agak-agak korang kena reject tak ?? hee :)
*senyum bodek .
Ok lah , tak kisahlah . Kalau kena reject tu kira tade rezekilah . Dah-dah , i nak mula bercerita dah ni .. Korang-korang baca tau ..


Kitorang satu kampung , satu daerah , satu sekolah , satu rumah sukan . Tapi , i tak penah kenal dia . I tau pun bila duk rewind2 balik dengan dia . hahah . Tak penah i nak ambik tau pun pasal budak kampung nih . Konon-konon taknaklah bercinta dengan budak satu kawasan . Ceh !! Alik-alik , dia jugaklah i sayang , cinta , kasih bagailah .Namanya In Muhd Hafis Bin Tahjudin . Yes , kami berkongsi umur jugak !!

I ingat lagi , masa tu i nak balik Ipoh . Dia pun nak balik Ipoh . Kami sama-sama ride motor . Dia tegur i , dia tanyaa nak balik mana . Haha . Jual mahallah konon i nih . Hampeh nak jawab .Then waktu tu serius , jalan jem gila . Highway Bukit Gantang - Kuala Kangsar . Dia suruh i berenti dulu dekat Hentian Sungai Perak , sebab jem melampau . HAHA . Dalam jual mahal tu , i ikut jugak cakap dia . Lagipun hari nak maghrib , so berenti solat dulu . Selesai semua , dia datang then tanya i ni adik camel ye ?? Yes , camel tu nama samaran abang sulong i . I iyekan jela .. Kurang jugaklah nak bersembang masa tu . Then dia ajak teruskan perjalanan kitorang . Sampailah dekat tol Jelapang , dia berentikan motor dekat bahu jalan . I ?? Jalan terus kot .. hahaha . Hampeh gila i nih kan ??

Dalam seminggu macam tu , I ingat lagi , masa tu hari Ahad tak silap , around 8pm dia kol i . Serius heranlah , macam mana dia boleh dapat num i . Then dia kata membe i kasi . Ok lah , dari situlah kami mula mesej-mesej , gurau-gurau dan bagailah . Tapi dalam dua,tiga hari jugaklah , i dapat berita dia eksiden . OMG . haha . Tapi i taklah rasa pape pun . Feeling pun habuk tadak lagi . Lama jugak dia terlntar sakit .. Dalam pada tu , i selalu jugak tanyakan khabar dia , support bagailah . Dari situlah agaknya timbul rasa sayang , berputik rasa cinta . Nak melawat ? Ish , i tak bersedia lagilah nak menghadap family dia .
 Dalam 4 bulan kemudiannya , barulah i bersedia untuk jumpa mak ayah dia . Alhamdullillah , penerimaan yang sangat-sangat baik dan layanan yang mampu buat i menangis terharu . I pernah cakap dekat dia , yang i tak punya family macam dia . I tak punya mak , i jugak tade ayah . Yang ada hanyalah abang-abang yang tersangat baik . Abang-abang yang terlalu sayangkan adiknya yang gemuk dan mengada-ngada ni . So , dia sanggup ke untuk terima i ?? Sanggup ke tade mak ayah mentua ?? Sanggup ke ??
Then dia bagi jawapan yang paling berharga buat i 
' Mak ayah dan kelurga saya , itulah mak ayah dan keluarga awak jugak . Jika saya tak dapat menerima awak dalam keadaan terburuk , maka saya juga tak layak untuk menerima awak dalam keadaan terbaik .'

Alhamdulillah , semakin lama hubungan kami , semakin akrab hubungan antara sesama kaum keluarga . Seriusly , i cintakan dia . I sayangkan abang-abang i dan i kasihkan kaum keluarganya .  Tipulah kan kalau i cakap , tak pernah da perselisihan faham , rajuk dan cemburu dalam hubungan ni . Sebab dimana ada cinta , disitulah adanya derita , pengorbanan , cemburu dan airmata . Tapi i bersyukur sangat . Dalam nakal-nakal kitorang , sikap rasional kami sentiasa mengatasi segalanya .Harapan untuk hidup bersamanya tersangatlah tinggi . Andai dia tulus diciptakan untuk i , i mohon sangat , semoga Tuhan berkati kami sampai syurga .

" Lelaki itu prosa alam , perempuan sajaknya . Cinta itu lagu dan perkahwinan itu adalah okestranya . "

Tuesday, June 28, 2011

Kuey Teow Kungfu pulak ..

Assalammualaikum semua .. Sihat tak harini ?? Harap-harap macam tu lah ye .. Semoga semuanya dalam keadaan aman sejahtera . Yang tak berapa nak sihat tu , i doakan cepat-cepat sembuh tau !! Eyh , back to our mainpoint , harini i nak share kat korang semua satu menu baru . I pun baru jugaklah belajar . Tapi serius , best !
~ bakal mentua i jadi juri tau !! hahhah :) Jum kita belajar macam mana nak masak Kuey Teow Kungfu ni . *silat pun  boleh ... hahahah

BAHAN-BAHAN (untuk 2orang)

Kuey Teow
2 biji telur
Lada hitam / lada putih
Mix Seafood 
1-1setengah sb tepung jagung
1 cawan air
Aneka sayuran
1 ulas bawang putih
2 / lebih biji cili padi 
Sos tiram
CARA-CARANYA
Mula-mula , korang pecahkan telur dalam mangkuk . Then , pukul sampai kembang .
Bila dah kembang , masukkan kueyteow tadi . Gaulkan rata-rata .
Panaskan kuali dengan sedikit minyak . Tuangkan kueyteow bersama telur tadi kedalam kuali . Kacaukan , dan balik-balikkan . Agak-agak telur tu dah masak , korang angkatlah kueyteow tu ..
Ok , settle satu bab . Then , kita sediakan kuahnya pulak .
 Tumiskan bawang tadi , sampai garing  then korang masukkan air tadi bersama mix seafood . I tade seafood , i gantikan dengan meatball je . pun boleh... 
Then , masukkan aneka sayur tadi . Untuk , penambah perisa , i masukkan 1 kiub pati ayam . Tapi terpulanglah , korang nak letak ke tak .
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh siap tadi bersama cili potong . Tambahkan sedikit garam dan gula serta lada hitam / putih  dan sos tiram .
Kacau sehingga agak pekat . Dan tutup api .
Hiaskan bersama daun sup dan bawang goreng .. Ok , dah siappp !!

Tarrraaa !!! ni i punya ! :)




One Two Three Four :)

Assalamualaikum .. hye semua !! lamanya tak jenguk-jenguk blog busuk i ni .. Rindu rasa nak menaip . Tapi , apakan daya , kekeringan idea dan kesuntukkan masa membatasi semuanya . Ahaha . Eyh , korang nak tau tak , semenjak-dua menjak ni kan , i suka dengar lagu-lagu lama lah . I mean lagu-lagu era 90-an . Sebab i rasa setiap bait kata dalam lirik-lirik tu, tersimpan seribu makna . Contoh yang paling i suka lagu dari Aris Ariwatan ; 1234 .

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan
untuk selamanya

Andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan
untuk selamanya
hidup ini sementara .. 

Yes , lirik dia sangat menusuk kalbu . Tetiba boleh tacinglah kiranya . Mana tak tacingnya , i tak dapat pun mak sisirkan rambut time nak pergi sekolah . Takde pun ayah i hantarkan i pergi sekolah .. :( huuuwwwaaaa!!!
 
 
 
Tapi , i ada makngah i dulu . Walau bukan dia yang hantarkan i pergi sekolah , tapi dia lah yang ajarkan sisirkan rambut sendiri . Supaya i boleh hidup berdikari . Berdiri menggunakan kaki sendiri , bukannya bergantung pada orang lain . Dan i masih boleh teruskan pembelajaran i  macam orang lain jugak what ? :) Walaupun dia dah tinggalkan i sekarang ni , i bersyukur sangat-sangat . Sebab leteran , marah  yang dulu i sangkakan benci , rupanya itu bekalan untuk i hidup sempurna sekarang . Walau taklah sempurna mana , tapi Alhamdulillah , i dah mampu uruskan hal-hal rumah sendiri . hee *buat muka bangga :)
 
 
 
 Eyh , i jugak ada In Mucuks yang i sayang . Alhamdulillah , dah nak dekat setahun setengah hubungan kami . Yes , macam-macam hal yang berlaku . Macam-macam benda yang menghalang . Tapi untuk setakat ini , kami boleh atasi . Dan kerana hubungan ini jugaklah , i menjadi semakin matang . Yes , i sangat-sangat sayangkannya . Pasal kes 'ex-ex' dulu , i harap sangat , itu semuanya hanyalah sejarah . Yang hanya tinggal sejarah . Biarkan kami bahagia bersama ye . Sapa yang taknak terus bersama dengan insan yang tersayang kan ?? I pun nak , i nak kawen dengan In Mucuks jugak ..Kalau dia betul-betul diciptakan untuk i . Semoga Tuhan izinkan kami sampai syurga !! Amin :)
 
 
 

Tuesday, June 14, 2011

wordless today :')





i miss you .

ada jugak yang jenis nih ?? -.-'

Assalammualaikum semua !! Lama sungguhla tak jenguk blog busuk i nih . Busylah sangat .. hahah. Bendanya i nih tade idea nak update apa-apa . Tu yang terbiar je . Isu harini pasal kes ; Terlebih jujur . I tak nak explainkan lebih-lebih lagi , korang tengok dulu benda bawah ni .

ihsan dari In Mucuks .

Hey ! Abaikan kes In Mucuks mengayat aweks ni . Tumpukan dulu hal 'bwu lepas tukar pad..' hey . Tak malu ke hape ?? I yang gf pun malu kot nak gtau benda secret macam nih . Inikan pulak 'kawan dari mukabuku' nih .

Kalau iya pun nak tunjuk diri tu open-minded , urburn , uptodate bagailah , tapi janganlah sampai ketahap tu . 'Tahap dalam kain' - orang dulu-dululah kata . -.-' Malulah sikit .. Awok tu dah ler perempuan melayu , bertudung . Janganler jujor bebenor .. haahha . Batang hidung dah molek dah , putih melepak lagi . Tapi bila awok buat lagu nih , otometik hilang kecantikan tuh . Haish .

Hahaha . Hey , i bukan cemburu ok . Eyh , fb dia , fb dialah . Fb i , fb i lah . Terus jadi adilkan ?? hahah . Cuma dalam kes dia mengayat si aweks ni , seriuslah i tak puas hati dengan si aweks yang terlebih jujur ni . Padahal dia baru je pun accept friend request In Mucuks nih . -.-' *tak jeles lg oke . Macam manalah dia boleh terjujur dalam kes nih . Tu yang i muskilkan nih .

Hehehe . Untuk si aweks , i'm sorry double much . I tulis entry nih hanyalah untuk kongsikan pendapat . Tak lebih dari tu . U patut baca entry ni . InsyaAllah , kita berubah sama-sama . Bertegur antara satu sama lainkan ?? :) As usual , i pun taklah baik , cuma dalam hal-hal macam ni , i rasa i patut tegur u . hee :)

OK , bubbye .

Tuesday, June 7, 2011

...

Seriuslly ,
I miss you sayang .


Tapi kalau hati sudah berubah , pergilah . :)
Saya bukan memaksa dan bukan juga terpaksa .
Dan saya lebih mengenali diri saya .



Friday, June 3, 2011

alahai Seth , u make me smile :)

Hye semua !! Sihat ?? I tengah demam ni .. dmam Nora Elena . haissh !! Kira fall in love lah ..  Mesti ramai girl-girl yang tengah angau macam I sekarang ni kan ?? Mesti berangan-angan nak dapat husband macam Seth lakonan Aaron Aziz ni kan ?? Hais ! Complete . Caring satu hal , hensem ? takyah sembanglah .hahaha.

 

Bermain dalam lakonan . Itulah faktanya . Sebabkan , ada ke lelaki macam tu dalam dunia sekarang ni ? one in thousand pun ... errr ... I tak confident . hahah . Kalau ada yang caring pun , mesti or maybe dia kurang hensem . Then kalau dia hensem pulak , maybe or 4sure tak secaring Seth . Then kalau dia sehensem dan secaring Seth , sure ke dia sesetia Seth ni ?? In Mucuk ?? err ... ntah ! hahah . yang pastinya dia tak se'complete' Seth ni . *alahai .. Sori ye sayang . Jujur sangat nih -.-'


Eyh , kalaulah korang diberi peluang untuk memilih , mana satu korang pilih ?? Paras rupa atau kesetiaan ?? ahahah . Jujurlah , I nak dedua . Yes , dedua I  rasa penting . Paras rupa nih , mempengaruhi kecomelan si anak kelak . -.-' Then kesetiaan nih pulak mempengaruhi hati dan perasaan kita ni :) Tapi tulah kan , lumrah alam . Semuanya dah tertulis . Siapa pasangan kita , macam mana rupa dia , macam mana hati dia , InsyaAllah , semuanya i akan terima dengan hati yang Redha . Amin ..

*menyempit tiba-tiba kan ?? -.-"
Tapi kan , *aish , berapa banyak tapi lah ! hee :) tapi kan , kalau I jumpa dengan guys yang betul-betul macam Seth ni , kawen paksa pun I terima kot !! hahha . okelah , lagi panjang I menaip , lagi banyak I merapu . I nak goreng roti sosej I ni . Nyummy !! bubbye!


Wednesday, May 25, 2011

DADAH : Syabu

hye semua !! :)
sihat ke korang ?? harap-harap macam tu lah ye ..
i ? makin gemuk .. hahah .


DADAH . mesti korang pun dah familiar pasal benda ni kan ? hari-hari ada ja kes dadah . orang sekeliling kita pun dah tak boleh nak dipercayai sekarang . patutlah ramai kata dadah musuh negara . hee . Acct , i pun taktau asal tetiba harini point nak cerita pasal benda busuk ni . punya semangatlah reseach pasal 'natang' ni . hee :) eyh , drg kata benda busuk ni boleh buat orang jadi kuruih dengan kadar segera .? betul ke ??

Dadah jugak ada macam-macam jenis . Tapi harini i nak terangkan pasal dadah jenis Syabu dulu . Syabu adalah nama panggilan iaitu sejenis dadah yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride" . Perkataan syabu sebenarnya berasal dari bahasa Tagalog yang berasal daripada Filiphina . Antara nama lain yang digunakan oleh pengguna-pangguna di Malaysia adalah seperti ice , glass , crack meth , hiropong dan batu .


Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya yang halus . Ianya dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan sebegitu biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali saja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu .

Korang nak tau apa yang terkandung dalam syabu ni ?? ok , bahan utamanya adalah d-Methamphetamine yang tersenarai di bawah Bahagian III jadual pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah . Antara bahan-bahan lain adalah ephedrine , hydrochoride acid dan synthesis kimia seperti berikut ;
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + PA C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
 
Syabu adalah satu jenis dadah tiruan ataupun 'DESIGNER DRUGS' yang wujuk sejak peperangan dunia kedua . Mereka yang menggemari menggunakan syabu pada masa itu adalah tentera-tentera dari Amerika Syarikat , China dan Jepun .Mereka hanya mementingkan kesan positifnya pada masa itu tanpa menghiraukan kesan negatifnya yang kadangkala boleh mendatangkan maut .

Di Malaysia , syabu mula dikesan pada tahun 1992 di Sabah . Ianya dipengaruhi oleh pembiakan syabu kerana kebanyakkan pendatang-pendatang tanpa izin warga Filiphina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk diedarkan kepada penduduk-penduduk tempatan . Mengikut statistik , aktiviti menyeludup syabu meningkat begitu mendadak sekali . Ini adalah kerana permintaan syabu adalah lebih popular berbanding ganja , keuntungan yang lumayan dan ianya lebih mudah untuk diseludup . 

Permintaan syabu meningkat juga adalah kerana kesan positifnya pada pengguna seperti ;
- hilang menggantuk dan mampu berjaga lebih dari 24jam
- kekuatan mental dan fizikal
- bertambah keseronokkan seks dan tahan daya
- hilang selera makan


Syabu akan berkesan selepas 15 hingga 60minit selepas dihisap dan akan berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian . Syabu yang berada dipasaran terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya . Antaranya adalah ; China White dan Crystal Stones . Pada umunya , syabu yang dipasarkan terbahagi kepada tiga gred iaitu Gred 1 : Crystal Stones , Gred 2 : China White dan Gred 3 : Syabu biasa yang kebanyakkan telah dicampurkan dengan tawas .

Kesan negatif syabu ?? ada .. siap terbahagi kepada dua lagi . Jangka masa pendek dan jangka masa panjang . Untuk kesan jangkamasa pendek ;
- halusianasi pada penglihatan dan pendengaran .
- perangai cepat marah , resah dan perasaan tidak tenang .
- kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi .
- bersifat agresif .
Dan untuk jangka masa panjang pulak ;
- kerosakan pada saraf otak dan serangan angin ahmar (strok)
- kurang siuman dan mengalami gangguan mental
- keracunan pada sistem saraf tunjang
- ketagihan yang melampau
- kerosakkan teruk pada tisu dan boleh membawa maut
boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease yang sukar diubati .



Pergh !! memang terbaiklh kesan syabu ni .Baru ingat nak guna sebab kesan positif nom.4 . hee -.-" tapi , tengok kesan jangka masa panjang dia , terus cancel niat . buang jauh-jauh dah .gemuk pun tapelah . pelan-pelan kurus pun tapelah asal taknak sakit-sakit macam tu .hee :)

taknaklah kuruih sampai tahap ni kot -.-'

Hah ? amacam ? detail tak entry syabu ni ? hee :) eyh , asal tetiba i buat entry pasal ni ? Acct , baru-baru ni i baru tau yang salah seorang 'member perempuan' i amik benda ni untuk kurus cepat . memang kurus kot ! tapi kurus berpenyakit pun buat apa kan ? lagipun benda ni salah disisi undang-undang . Haish .. mintak simpanglah . Saya belia benci dadah . hahaha :)
okelah , dah penat menaip . nak pegi beristirehat bersama lipton dan moist cake i tuh ! *manalah tak gemuk !! hahaha . bubbye !! -.-'


cantik VS kurang cantik .

Hye semua !! sihat ?? alhamdulillah .. yang tak sihat tu , i doakan sihat cepat-cepat . nanti boleh kita sama-sama makan coki-coki . hee :) harini i nak sembang-sembang pasal isu 'cantik VS kurang cantik' . kenapa i kata kurang cantik ? dan kenapa i tak kata 'tak cantik' ? yelah , lebih atau kurang , itu semua kerja yang diatas . Allah menciptakan umatnya sebaik-baik kejadian kan ? jadi , setiap ciptaanNya adalah indah belaka . takkan kita nak menidakkan semua tu kan ??

Yang cantik tak semestinya yang terbaikkan ?? dan yang kurang cantik tu pulak , tak semestinya yang terburuk . andai kamu dianugerahkan dengan paras rupa yang cantik dan sempurna ,ucapkanlah syukur padaNya . jangan terlalu 'ingke' dengan semua tu saja . dan bila cantik paras rupa , biarlah adap sopan , tuturkata dan tingkahlaku jugak selari dengannya . janganlah biarkan ianya ketinggalan . nanti cantik tu terus jadi 'hodoh' , bukan lagi kurang cantik .

Andai kamu dan kamu diketegorikan sebagai yang kurang cantik , ucapkanlah syukur juga kepadaNya . kerana Dia tahu segala hikmah disebalik kejadiankan ? Cantikkanlah budi bahasa , tingkahlaku dan adap sopan . bersihkan hati dari semua hasad dengki dan anasir-anasir jahat dari hati . InsyaAllah , kamu juga akan menjadi cantik .

Tak perlu untuk menjadi cantik yang plastik . Atau pun terlalu obses dengan kecantikkan sehinggakan kita sanggup mengubah ciptaanNya . Cukuplah sekadar apa yang dapat . memanglah dah jadi lumrahkan , manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki . tapi pernah tak korang terfikir , andai korang terkejar-kejarkan sesuatu kecantikkan plastik tu , salah satu kecantikkan asal pada korang pulak yang akan hilang . bak kata pepatahlah kan ; yang dikejar tak dapat , yang dikendong pula berciciran . ha , mau ??

Tepuk dada tanyalah hati . jalan mana yang korang pilih . jadilah kita yang sebenar .

* sori nak menyempit . haha . ini contoh yang kurang cantik ye .haha .
tapi , syukurlah apa yang i ada ni :)

Chocolate Moist Cake . ( kukus )

hai semua !! ahaha . harini tambah lagi satu resepi kat blog busuk i ni .Choc Moist Cake . dah lama i teringin nak buat . tapi asyik-asyik tangguh ja . then harini tercapai jugak . nak buat untuk minum petang ni . hee :) tapi serius , cake ni senang sangat . tak meragam-ragam pun . kira kalau korang buat , mesti jadi punya . cubalah tau .




hee :) amacam ?? stylo tak ? ini pun kalau ikutkan tak berapa nak cantik sangat . biasalah first try . okelah , kalau korang nak cuba buat , ni i sediakan resepi . SELAMAT MENCUBA   :)

BAHAN-BAHAN KEK

250g mentega
1 cawan gula kastor * i kurangkan
1 cawan gula perang * i kurangkan
4 biji telur gred A
1st esen vanilla
1 cawan susu segar suam * i gantikan dgn susu pekat yang dibancuh suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

BAHAN-BAHAN TOPPING

150g coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar mentega

CARA-CARANYA

1 . Griskan loyang dengan mentega dan panaskan kukusan . Ayak tepung bersama dengan serbuk koko .
2 . Pukul mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi .
3 . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang .
4 . Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli . Pukul hingga sebati .
5 . Masukkan dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil . Kukus selama 1setengah jam . Biarkan sejuk sebelum keluarkan kek dari loyang .
6 . Untuk membuat topping pula , masukkan coklat masakan , susu pekat , air panas dalam periuk hingga double boiler dan cair . Padamkan api dan masukkan mentega . Kacau hingga sebati .
7 . Curahkan coklat atas kek yang telah sejuk dan hiaskan mengikut citarasa masing-masing .
8 . Ianya lebih sedap jika disimpan terlebih dahulu dalam peti sejuk .

* I nasihatkan , kalau korang nak buat topping , kek tu kurangkan manis dari biasa . Kalau taknak letak topping , buat ikut resepi diatas . okelah , Gud Luck tau !! bubbye !!

Saturday, May 21, 2011

YA . saya cemburu .

Hye semua !! 
ingat tak entry ni ??
korang tau tak apa keputusan i ?? jawapannya , i tak pegi pun .
ntahlah , i tak rasa i kuat untuk harungi semua kegembiraan tu sorang-sorang .
tapi seriusly , i rasa jeles sangat harini .
tengok ni :')




pic from fb cik teq . * sori mek .

nak jugak pakai jubah merah tu . nak jugak letak topi rambu tu atas kepala ni .
tapi ..
dahlah ieka , lupakan je . nanti ada rezeki lagi , dapatlah tu .
kawan-kawan , tahniah .
*makngah , adik dah grad .
kalau makngah ada , mesti kita ada kat sana jugak kan ?
tapi biarlah , nanti ada rezeki lain , adik pegi .
adik rindu makngah sangat-sangat . adik nak kongsi semua ni dengan makngah .
i love you makngah .