ORANGkuat

Sunday, June 17, 2012

Hari Bapa.



HARI BAPA. FATHER'S DAY. Ianya terlalu sinonim untuk seorang lelaki kan?
Tapi bukan untuk i. Dalam hidup i ibu dan bapa hanya untuk seorang wanita. Seorang wanita tua yang sanggup korbankan apa saja demi kami adik beradik. Dialah superwoman dalam hidup kami bertiga. Cinta, kasih dan sayang kami tertumpah padanya. Kini, hanya doa saja yang mampu kami titipkan buatnya. Terima kasih atas semua penat lelah. Atas semua teguran.  Dan atas semua kebaikan. Maaf, kami tak mampu untuk jadi anak yang terbaik. Yang soleh serta solehah. Kami percaya, hanya dia saja yang faham dan kenal kami bertiga. Takde orang lain dah. Biar apa orang cakap pasal kami, dia tetap ada dan disamping. Sentiasa. Hanya dia. Dan hanya dia yang tak pernah bosan dengan kami. Tak pernah bosan dengan cerita kami.

Tapi semuanya dah tinggal kenangan. Setiap saat bersama tetap menjadi memori terindah. Ini bukanlah lakonan untuk meraih simpati, tapi inilah kenyataan yang terbuku. Rindu yang terlalu tinggi. YaAllah,  kuatkan sang hati. AMIN.
Makngah, selamat hari bapa. you're the king and you also the queen in my heart. My life. I love you, I miss you. ALWAYS.






Terima kasih jugak buat dua lelaki ni. Sebabnya, pernah mengajar kehidupan bersama ayah. Thanks buat En Tahjudin dan En Ismail. Bapa kesayangan apis dan lilah. Terima kasih, pakcik-pakcik.











Thursday, June 14, 2012

Zaman Dulu Punya Cerita.

Tetiba teringat zaman sekolah dulu. Cikgu tulis kat papan hitam. Pastu guna kapur kaler-kaler. Kapur pulak kena pegi amik kat ofis tiap kali kelas, cikgu siap pesan lagi ambik kaler apa. Sebabnya letak dekat ofis, student suka sangat 'berimaginasi' dekat papan hitam tu. Kapurkan mudah patah, so makan modallah. Macam-macam dicontengnya. Masa tu masing-masing nak tunjukkan ke'kreatif'an. HAHA. Tambah-tambah kalau ada kapur kaler-kaler. Lagi terserlahlah idea. Mencurah-curah pulak tu kan?


Kalau waktu cikgu ada mesyuarat pulak, cikgu akan pesan macam ni " ketua kelas, tolong tulis nama sapa yang bising dan berjalan ". Dan dengan segak bergayanya si ketua kelas akan tulis kat papan hitam macam ni


Tapi ini kira ok lagi lah, ada setengah tu siap tulis kesalahan lagi. Yang tu paling tak tahan. Contohnya, Nama: Ali. Kesalahan : berjalan.
Nama: Badrul. Kesalahan: berjalan dan bersembang. 
Cis, berjalan dalam kelas pun kena tulis nama kat papan hitam oo. Jangan main-main. HAHA. Then bila cikgu masuk kelas, tengok je nama kat papan hitam, dipanggilnya sorang demi sorang. Kenalah ketuk ketampi. Bergantunglah pada cikgu tu. Kadang-kadang kena 10x je, tapi kalau kesalahan lebih kenalah lebih. hehehe. Tapi yang bagusnya, tak sorang pun berani bantah. Buat je semua.. ha, baguskan?

Time paling seronok pulak, bila time rehat. Pakat serbu nak pi kantin. Masa tu nasik lemak, mee ketiaw bihun goreng semua 30sen je. Kenyang je makan. Air sirap 20sen. Masa tu bila dah kenyang makan, mula cari kudap-kudap. Selalunya benda yang murah-murah je. Macam eskem mesia takpun roti panjang. Sekupang je pun. hahah. Taktau ye roti panjang cemana?? Macam ni lah..


Balik dari kantin tapi loceng tak bunyi lagi, pakat semua pi cari port. Bukan port dating, bukan jugak port isap rokok, tapi port main rebut tiang. HAHA. Serius, benda alah ni tersangatlah FUN! yang mana kaki jenis panjang, memang syoklah main. Tapi yang jenis kaki kenet-kenet tu, mau menangis dibuatnya. heheh. Macam-macam.Then satu lagi benda alah yang student dulu suka main, fight 'raber'. Lawan pemadam, sapa kalah terpaksalah bagi pemadam dia kat yang menang tu. heheh. Selalunya guna raber seposen tu je. Yang ada katun-katun atas tu. Raber tu kan senang melantun.


HAHA. Macam-macam lagi kisah pasal student dulu. Tapi itu dulu punya ceritalah, zaman dulu punya sekolah, zaman dulu punya student. Zaman sekarang, dah tak berani nak cakaplah. Rasanya student pun dah tak takut dengan cikgu, inikan pula kalau takat tulis-tulis nama ni. Aisey, small the pieces kata diorang. Permainan diorang pulak main tumbuk-tumbuk kawan je sekarang. Entahlahkan. Oklah, renung-renungkanlah ye :)




Thursday, April 19, 2012

Happy happy happy b'day awak !!


Hai awak! 
Salam sayang, rindu, kasih, cinta dari saya untuk awak.


 Selamat hari lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan segalanya sentiasa diberkati. Ucapan tu mesti terlalu sinonim atau biasa untuk awak kan? Tapi itulah yang lahir dari hati saya. Saya tak pandai nak mengarang, saya tak pandai nak berpuitis, apatah lagi nak berjiwa-jiwa. Sorry tak dapat jadi yang pertama wishkan b'day. Sorry sebab terlalu busy dengan study week. TAPI itu tak bermaksud saya lupakan awak tau. Setiap masa, setiap jam, setiap minit malahan setiap saat saya ingatkan awak. Awak je yang suka lupa kat saya. :( 
Awak, semalam awak tanya saya kan? Pernah tak saya rasa bosan dengan awak? Saya tak dapat jawab pun, sebab saya nak tunggu harini. I can give you the simple statement. Awak kehidupan saya, jadi kenapa mesti saya bosan dengan kehidupan saya kan? Sayang, cinta, kasih dan rindu saya tak pernah berubah.
Awak, terima kasih sebab selalu bagi saya semangat untuk teruskan kehidupan ni. Even sometimes saya fedup, awak sentiasa kembalikan semangat saya. Dan awak jangan risau sebab saya takkan pernah lupakan awak walaupun saya berjaya satu hari nanti. INSYAALLAH. 
Semoga hubungan kita direstui oleh keluarga dan Yang Esa. Saya nak awak imamkan saya dan jadi pembimbing serta ayah yang terbaik kepada anak-anak saya kelak. Semoga semuanya diberkati dan berjalan dengan lancar kan ?? Saya sayang awak. Sekali lagi, happy birthday cinta. May Allah bless you.




Thursday, March 8, 2012

Kita Rindu Awak :')



Awak, kita rindu awak. Tapi bukan awak yang sekarang. Kita rindu awak yang dulu. Awak yang selalu gedik-gedik dengan kita. Awak yang selalu layan kerenah kita. Awak yang caring semuanya pasal kita. Awak selalu tarik hidung kita bila kita degil. Awak selalu pujuk bila kita merajuk. Awak selalu ingatkan yang kita ni girlfriend awak. Tapi kenapa sekarang kita dah tak rasa macam tu pun? Kita yang tak rasa atau kita dah terlepas rasa? Awak, kita sayang awak tau. Kita sayang awak sampai bila-bila.Walau kita tau yang kita bukanlah yang terbaik buat awak. Kita selalu buat awak marah, buat awak rimas, kita buat awak semak dengan perangai kita. Kita bukan apa, kita cuma nak awak tau yang kita selalu ada dengan awak. Kita rindu awak, tu sebab kita selalu je kacau awak. Kita tak reti nak tunjuk dengan cara lain. Lagi satu, kita minta maaf sebab kita selalu kasar dengan awak. Kita selalu curiga dengan awak. Kita bukan apa, kita cuma takut untuk hilang awak je. Kita taktau macam mana hidup tanpa awak disisi. Maafkan kita, kita tak reti nak control semua tu. Kita perlukan awak. Kita rindu awak. Kita sayang awak. :')


Tuesday, February 14, 2012

B




Sometimes I miss youI missed you before. Your smileyour laughter, the way you treated meand all about you
But, everything has changed. I accepted who you're now.
I may not be as good as her eyes of you, but trust me, you're the best I ever have.
B, accepted me as i am. But if one day you dont want me anymore, return me properly. Release me as the way it should.
I love youI love you and I love you.
More of everything. More than words that i can revealed.





Wednesday, January 11, 2012

Rindunya!






Tetiba teringat dekat arwah mak, arwah makngah.Tahla, i terlalu rindukan mereka. Hee :') Tolonglah,i nak peluk sape ni?? Kalau orang lain boleh peluk mak ayah masing-masing saat ni, i tak dapat pun. Hey,i nak nangis dah ni ok. 

Rasa rindu tu,i sendiri pun taktau macam mana nak ungkapkan. Pada sapa i nak mengadu ni?? Even i tak dapat bermanja lama mana pun dengan mak, tapi dia sentiasa ada dengan i. Sentiasa dihati.  

Kalau dulu, i boleh mengadu dekat arwah makngah. Tapi sekarang? Makngah pun dah tinggalkan adik :'( Adik nak mengadu kat sapa ni?? Adik rindukan kehidupan yang dulu. Adik rindukan semuanya tentang makngah. Adik rindukan leteran makngah, teguran. 
Kadang-kadang i tertanya-tanya jugak,kenapa i perlu hilang kesemuanya? Hilang mak, hilang kasih ayah dan hilang makngah. Kenapa i? Secara jujurnya, i bukanlah setabah yang dilihat. Sekuat yang korang rasa. I tak kuat untuk teruskan semua ni. I nak sangat peluk mak kuat-kuat. Peluk makngah erat-erat. Dan kalau boleh,i takkan biarkan diorang tinggalkan i. I sayang diorang.

Dibuai sejuta kenangan manis disiram segar, subur kasih penuh rindu mengiringi pemergian mereka. Ya Allah, kutitip jasad mereka untuk Engkau rahmati. Ku pinjam jiwa kental dan kasih sayang mereka buat bekal hidup yang berbaki. Ku rayu keampunanMu segala dosa mereka Ya Robbi. Hidayahkan aku apa saja demi menebus dosa mereka. Biar nyawa, harta dan jiwa ini jadi galang gantinya. Janganlah Kau seksa mereka wahai tuhan. Aku pohon, aku rayu padaMu setulus jiwa. Rahmatilah, kahsihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sejak kecil. Ya Allah ya tuhanku, aku berpegang pada janjimu, janji Rasulmu, izinkan aku menyambung amal mereka. Izinkan aku memenuhi tawaran janjimu. Demi mereka, ibu-ibuku. AL-FATIHAH.

                                     

Tuesday, January 3, 2012

Istilah mak/ayah sedara.


Istilah mak dan ayah saudara. Seriusly, dalam hidup I sekarang ni, mungkin I cuma ada arwah makngah je. Even adik beradik mak I 12orang. Ramaikan? Tapi yang tinggal sekarang cuma 6orang. Itupun dah ramai jugakkan? Tapi mungkin I tak perlukan mereka untuk terus hidup.


 Bukan I nak cakap besar, tapi mereka-mereka ni bukanlah hadir untuk membantu, tapi hadir untuk menghina. Saudarakah kalau macam tu? Masa I kecil, sampai harini I ingat lagi semua yang diorang pernah lakukan dgn dan adik beradik. Kalau apa yang anak diorang cakap, semuanya diorang anggap betul. Sampaikan gaduh budak-budak pun diorang nak masuk campur. Macam-macam kami pernah kena. Kena kejar dengan galah. Kena baling dengan terompah. Kena halau balik. Dan muka kami jugak hampir-hampir kena lempang dengan selipar.


 Arwah makngah lah yang selalu pertahankan kami. Dan satu ketika, pernah salah seorang dari mereka mintak nak hantarkan kami kat rumah anak-anak yatim. Masa tu, I pun dengar. Then hanya satu yang arwah makngah jawab. Dia tak pernah mintak walau satu sen sekalipun untuk bagi kami makan. Takde sapa yang boleh ambik kami dari dia. Saudarakah macam tu? Masa kecik I tak macam orang lain. I hilang mak ayah masa umur I 5tahun. Usia yang terlalu awal untuk hilang semua tu. Arwah makngahlah yang kembalikan semula kasih sayang itu. Tapi bukan diorang. Bukan diorang yang hanya tahu menghina dan mencaci.

 YES. Sampai harini I takkan lupa apa yang pernah diorang buat. Dan pernah ada yang cakap pada I dan abg-abg, jangan sesekali datang ketuk pintu rumah dia bila saat kami susah. InsyaAllah, selagi I dengan abg-abg masih waras, kami takkan lupakan semua tu. Itu janji kami. Sampai harini, kami masih mampu hidup. Arwah makngah tinggalkan kami saat dia pun tahu, yang kami boleh berdikari. Berdiri dengan kaki sendiri. Takperlu kami nak mengemis pada orang.


Jadi, bila orang tanyakan pasal mak/ayah sedara, I akan jawab mereka ada, cuma macam biskut. Saat sakit I pun, sorang pun  tak nampak batang hidung. Jadi, fikir-fikiranlah. :')

Terima Kasih :)




Assalamualaikum semua J hee.sihat?? I dah makin hari makin sihat ni. Terima kasih atas doa kalian semua.i sangat-sangat menghargainya. Dalam sedar tak sedar, dah sebulan lebih dari tarikh I excident kan?? Maknanya, ramai jugaklah insan yg I dh susahkan. L macam mana ni?? Hee. Macam manalah I nak balas balik semua budi orang tu kan? Nak tau sapa insan-insan yg berhati mulia tu ??



ABANG-ABANG
Dioranglah insan yg mula-mula sekali. Terima kasih abang, abg lim. Terima kasih sebab tak pernah jemu layan peragai adik yg sangatlah mengada-ngada ni. Abang sanggup ulang-alik semata-mata nak tunaikan apa yang adik nak kan? Tak penah abg nak merungut walau sekalipun. Even barang yang adik nakkan tu kadang-kadang sampai bukan pada waktunya dah J. Abg Lim, hee.  Sanggup bawak adik pi mana pun. Walaupun terpaksa tolak adik yg gemuk ni dgn w.chair. ingat tak,adik penah tya kat abg lim yang abg lim tak malu ke bawak adik guna w.chair ni?? Pastu abg lim kata buat apa na malu, sbb adik kan adik abg lim J Terima kasih Ya Allah. Mungkin aku terpaksa hilang ibu, ayah dan makngah. Tapi aku tak pernah hilang abang-abang. Mereka sentiasa ada. Saat tersenyum dan menangis. Alhamdulillah.

MAK AYAH MUCUK’s
Sekali lagi, Terima kasih Ya Allah. Kau berikan mereka untuk aku. Dalam sakit, I rasa I lah insan paling bertuah. Sepanjang I kat hospital, diorang tak pernah jemu melawat i. Mak mucuk awal-awal pagi lagi dah sampai smbil bawakkan bekalan untuk i. hee J bertuahkan? Bertuah sebab I masih lagi berpeluang merasai kasih sayang ibu. Terima kasih makcik. Sebab selalu ada dengan eka. Sebab selalu tenangkan eka bila eka mengadu sakit. Sebab selalu buat eka rasa disayangi sangat-sangat. Dan yang paling penting sekali, sanggup jaga eka selama sebulan. Eka sayang makcik sangat-sangat. Hee J Pakcik. Terima kasih sebab tumpangkan eka dalam rumah tu. Terima kasih sebab buatkan eka milo pagi-pagi. Pakcik dah kenalkan eka dengan kasih seorang ayah. Hee J itulah yang paling bermakna.                                       
Andai kata jodoh I dengan Mucuk tak kesampaian sekalipun, I takkan lupakan diorang. Itu janji i. InsyaAllah,I akan tunaikan. Tapi, doa-doakan lah jodoh tu kesampaian J baru boleh panggil MAK & AYAH J Amin!

MUCUK’s
Hey busuk. I sayang u sangat-sangat. Sorry sebab dah banyak susahkan u. I tau, u orang yang paling risau masa dekat hospital tu. Dan u jugak tak sanggup tengok I menangis masa lepas operation tu. Terima kasih sebab tak pernah miss melawat i. Sanggup tunggu sampai operation  habis. Sanggup jugak buat semua benda yang I suruh, even benda tu u tak penah buat pun. Hee.really, im proud of you dear. I bangga sebab I ada bf yang bertanggungjawab dan charming! Wah,charming lah sgtt haaa..!J Hahaha. Thanks a lot. Lastly, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab kongsikan mak dgn ayah u dgn I sekejap. Kalau boleh, I nak kongsi diorang sepanjang hidup i. Supaya 1hari nanti I boleh jaga diorang sebaik mana diorang jaga i. Bolehkan ? So, sentiasalah u berdoa. Mintak-mintaklah jodoh kita panjang. Hee J u jugak kata, I ni menantu pilihan! Hahaha. Menantu pilihanlah sangatt..haa J Amin!

SEPUPU
Kak Ana & Kak NahJ terima kasih sebab selalu nasihatkan adik. Maaf,adik selalu buat akak-akak  susah. Terima kasih atas semua sumbangan. Terima kasih sebab tak pernah buang adik dari hidup akak. Alhamdulillah, walau adik takkan dapat mak/ayah sedara sebaik arwah makngah, tapi masih ada anak-anak makngah. Seriusly, diorang pun diantara yg terbaik. Kalau dulu, I selalu kena marah dengan diorang. Then I rasa dioranglah insan-insan yg paling suka menyibuk. Tapi bukan lagi sekarang. Bukan lagi saat I dah melangkah ke alam dewasa. Terima kasih akak J

KAWAN
Lilah & Famili – hehe. Thanks sebab selalu datang lawat aku. Even ko selalu je busy, tapi ko hantarkan family ko untuk tengok aku.hee. bangga oo. Serius, aku rasa macam ramai sangat yang sayang aku.hahahah J
 Cik Yuka & Mr Crab – kila selalu tanyakan khabar I. then mereka jugak tak ketinggalan untuk melawat I dekat wad haritu. Thanks for the Fillet O Fish
Dayah – terima kasihlah sebab hg banyak tolong aku masa kat wad. Even sehari je yg sempat, tapi tu pun aku dah rasa macam malu dengan hg. Kesian hg kan? Dah la kena jaga mak, kena jaga aku lagi. Hee J Thanks tau .
Kawan masa gembira tersangatlah ramai, tapi kawan saat menangis nak kira pun tak sampai beberapa saat kan ? Tapi betul lah kata pujangga, kawan yang ada waktu kita menangis itulah teman sejati. Sekali lagi, terima kasih kawan-kawan .



Ok dah. Hee J inilah mereka-mereka yg banyak bantu i. I sayangkan diorang sangat-sangat.  Kalau boleh, I taknak kehilangan diorang. Again, I love them. MORE THAN WORDS CAN SAY. Semoga Allah sentiasa merahmati dan panjangkan usia mereka. AMIN.