ORANGkuat

Thursday, March 8, 2012

Kita Rindu Awak :')



Awak, kita rindu awak. Tapi bukan awak yang sekarang. Kita rindu awak yang dulu. Awak yang selalu gedik-gedik dengan kita. Awak yang selalu layan kerenah kita. Awak yang caring semuanya pasal kita. Awak selalu tarik hidung kita bila kita degil. Awak selalu pujuk bila kita merajuk. Awak selalu ingatkan yang kita ni girlfriend awak. Tapi kenapa sekarang kita dah tak rasa macam tu pun? Kita yang tak rasa atau kita dah terlepas rasa? Awak, kita sayang awak tau. Kita sayang awak sampai bila-bila.Walau kita tau yang kita bukanlah yang terbaik buat awak. Kita selalu buat awak marah, buat awak rimas, kita buat awak semak dengan perangai kita. Kita bukan apa, kita cuma nak awak tau yang kita selalu ada dengan awak. Kita rindu awak, tu sebab kita selalu je kacau awak. Kita tak reti nak tunjuk dengan cara lain. Lagi satu, kita minta maaf sebab kita selalu kasar dengan awak. Kita selalu curiga dengan awak. Kita bukan apa, kita cuma takut untuk hilang awak je. Kita taktau macam mana hidup tanpa awak disisi. Maafkan kita, kita tak reti nak control semua tu. Kita perlukan awak. Kita rindu awak. Kita sayang awak. :')


1 comment:

azuha rahimi said...

same goes to me...hahaha...senasib..someday manusia akan berubah...