ORANGkuat

Wednesday, May 25, 2011

DADAH : Syabu

hye semua !! :)
sihat ke korang ?? harap-harap macam tu lah ye ..
i ? makin gemuk .. hahah .


DADAH . mesti korang pun dah familiar pasal benda ni kan ? hari-hari ada ja kes dadah . orang sekeliling kita pun dah tak boleh nak dipercayai sekarang . patutlah ramai kata dadah musuh negara . hee . Acct , i pun taktau asal tetiba harini point nak cerita pasal benda busuk ni . punya semangatlah reseach pasal 'natang' ni . hee :) eyh , drg kata benda busuk ni boleh buat orang jadi kuruih dengan kadar segera .? betul ke ??

Dadah jugak ada macam-macam jenis . Tapi harini i nak terangkan pasal dadah jenis Syabu dulu . Syabu adalah nama panggilan iaitu sejenis dadah yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride" . Perkataan syabu sebenarnya berasal dari bahasa Tagalog yang berasal daripada Filiphina . Antara nama lain yang digunakan oleh pengguna-pangguna di Malaysia adalah seperti ice , glass , crack meth , hiropong dan batu .


Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya yang halus . Ianya dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan sebegitu biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali saja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu .

Korang nak tau apa yang terkandung dalam syabu ni ?? ok , bahan utamanya adalah d-Methamphetamine yang tersenarai di bawah Bahagian III jadual pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah . Antara bahan-bahan lain adalah ephedrine , hydrochoride acid dan synthesis kimia seperti berikut ;
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + PA C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
 
Syabu adalah satu jenis dadah tiruan ataupun 'DESIGNER DRUGS' yang wujuk sejak peperangan dunia kedua . Mereka yang menggemari menggunakan syabu pada masa itu adalah tentera-tentera dari Amerika Syarikat , China dan Jepun .Mereka hanya mementingkan kesan positifnya pada masa itu tanpa menghiraukan kesan negatifnya yang kadangkala boleh mendatangkan maut .

Di Malaysia , syabu mula dikesan pada tahun 1992 di Sabah . Ianya dipengaruhi oleh pembiakan syabu kerana kebanyakkan pendatang-pendatang tanpa izin warga Filiphina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk diedarkan kepada penduduk-penduduk tempatan . Mengikut statistik , aktiviti menyeludup syabu meningkat begitu mendadak sekali . Ini adalah kerana permintaan syabu adalah lebih popular berbanding ganja , keuntungan yang lumayan dan ianya lebih mudah untuk diseludup . 

Permintaan syabu meningkat juga adalah kerana kesan positifnya pada pengguna seperti ;
- hilang menggantuk dan mampu berjaga lebih dari 24jam
- kekuatan mental dan fizikal
- bertambah keseronokkan seks dan tahan daya
- hilang selera makan


Syabu akan berkesan selepas 15 hingga 60minit selepas dihisap dan akan berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian . Syabu yang berada dipasaran terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya . Antaranya adalah ; China White dan Crystal Stones . Pada umunya , syabu yang dipasarkan terbahagi kepada tiga gred iaitu Gred 1 : Crystal Stones , Gred 2 : China White dan Gred 3 : Syabu biasa yang kebanyakkan telah dicampurkan dengan tawas .

Kesan negatif syabu ?? ada .. siap terbahagi kepada dua lagi . Jangka masa pendek dan jangka masa panjang . Untuk kesan jangkamasa pendek ;
- halusianasi pada penglihatan dan pendengaran .
- perangai cepat marah , resah dan perasaan tidak tenang .
- kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi .
- bersifat agresif .
Dan untuk jangka masa panjang pulak ;
- kerosakan pada saraf otak dan serangan angin ahmar (strok)
- kurang siuman dan mengalami gangguan mental
- keracunan pada sistem saraf tunjang
- ketagihan yang melampau
- kerosakkan teruk pada tisu dan boleh membawa maut
boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease yang sukar diubati .



Pergh !! memang terbaiklh kesan syabu ni .Baru ingat nak guna sebab kesan positif nom.4 . hee -.-" tapi , tengok kesan jangka masa panjang dia , terus cancel niat . buang jauh-jauh dah .gemuk pun tapelah . pelan-pelan kurus pun tapelah asal taknak sakit-sakit macam tu .hee :)

taknaklah kuruih sampai tahap ni kot -.-'

Hah ? amacam ? detail tak entry syabu ni ? hee :) eyh , asal tetiba i buat entry pasal ni ? Acct , baru-baru ni i baru tau yang salah seorang 'member perempuan' i amik benda ni untuk kurus cepat . memang kurus kot ! tapi kurus berpenyakit pun buat apa kan ? lagipun benda ni salah disisi undang-undang . Haish .. mintak simpanglah . Saya belia benci dadah . hahaha :)
okelah , dah penat menaip . nak pegi beristirehat bersama lipton dan moist cake i tuh ! *manalah tak gemuk !! hahaha . bubbye !! -.-'


cantik VS kurang cantik .

Hye semua !! sihat ?? alhamdulillah .. yang tak sihat tu , i doakan sihat cepat-cepat . nanti boleh kita sama-sama makan coki-coki . hee :) harini i nak sembang-sembang pasal isu 'cantik VS kurang cantik' . kenapa i kata kurang cantik ? dan kenapa i tak kata 'tak cantik' ? yelah , lebih atau kurang , itu semua kerja yang diatas . Allah menciptakan umatnya sebaik-baik kejadian kan ? jadi , setiap ciptaanNya adalah indah belaka . takkan kita nak menidakkan semua tu kan ??

Yang cantik tak semestinya yang terbaikkan ?? dan yang kurang cantik tu pulak , tak semestinya yang terburuk . andai kamu dianugerahkan dengan paras rupa yang cantik dan sempurna ,ucapkanlah syukur padaNya . jangan terlalu 'ingke' dengan semua tu saja . dan bila cantik paras rupa , biarlah adap sopan , tuturkata dan tingkahlaku jugak selari dengannya . janganlah biarkan ianya ketinggalan . nanti cantik tu terus jadi 'hodoh' , bukan lagi kurang cantik .

Andai kamu dan kamu diketegorikan sebagai yang kurang cantik , ucapkanlah syukur juga kepadaNya . kerana Dia tahu segala hikmah disebalik kejadiankan ? Cantikkanlah budi bahasa , tingkahlaku dan adap sopan . bersihkan hati dari semua hasad dengki dan anasir-anasir jahat dari hati . InsyaAllah , kamu juga akan menjadi cantik .

Tak perlu untuk menjadi cantik yang plastik . Atau pun terlalu obses dengan kecantikkan sehinggakan kita sanggup mengubah ciptaanNya . Cukuplah sekadar apa yang dapat . memanglah dah jadi lumrahkan , manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki . tapi pernah tak korang terfikir , andai korang terkejar-kejarkan sesuatu kecantikkan plastik tu , salah satu kecantikkan asal pada korang pulak yang akan hilang . bak kata pepatahlah kan ; yang dikejar tak dapat , yang dikendong pula berciciran . ha , mau ??

Tepuk dada tanyalah hati . jalan mana yang korang pilih . jadilah kita yang sebenar .

* sori nak menyempit . haha . ini contoh yang kurang cantik ye .haha .
tapi , syukurlah apa yang i ada ni :)

Chocolate Moist Cake . ( kukus )

hai semua !! ahaha . harini tambah lagi satu resepi kat blog busuk i ni .Choc Moist Cake . dah lama i teringin nak buat . tapi asyik-asyik tangguh ja . then harini tercapai jugak . nak buat untuk minum petang ni . hee :) tapi serius , cake ni senang sangat . tak meragam-ragam pun . kira kalau korang buat , mesti jadi punya . cubalah tau .




hee :) amacam ?? stylo tak ? ini pun kalau ikutkan tak berapa nak cantik sangat . biasalah first try . okelah , kalau korang nak cuba buat , ni i sediakan resepi . SELAMAT MENCUBA   :)

BAHAN-BAHAN KEK

250g mentega
1 cawan gula kastor * i kurangkan
1 cawan gula perang * i kurangkan
4 biji telur gred A
1st esen vanilla
1 cawan susu segar suam * i gantikan dgn susu pekat yang dibancuh suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

BAHAN-BAHAN TOPPING

150g coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar mentega

CARA-CARANYA

1 . Griskan loyang dengan mentega dan panaskan kukusan . Ayak tepung bersama dengan serbuk koko .
2 . Pukul mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi .
3 . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang .
4 . Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli . Pukul hingga sebati .
5 . Masukkan dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil . Kukus selama 1setengah jam . Biarkan sejuk sebelum keluarkan kek dari loyang .
6 . Untuk membuat topping pula , masukkan coklat masakan , susu pekat , air panas dalam periuk hingga double boiler dan cair . Padamkan api dan masukkan mentega . Kacau hingga sebati .
7 . Curahkan coklat atas kek yang telah sejuk dan hiaskan mengikut citarasa masing-masing .
8 . Ianya lebih sedap jika disimpan terlebih dahulu dalam peti sejuk .

* I nasihatkan , kalau korang nak buat topping , kek tu kurangkan manis dari biasa . Kalau taknak letak topping , buat ikut resepi diatas . okelah , Gud Luck tau !! bubbye !!

Saturday, May 21, 2011

YA . saya cemburu .

Hye semua !! 
ingat tak entry ni ??
korang tau tak apa keputusan i ?? jawapannya , i tak pegi pun .
ntahlah , i tak rasa i kuat untuk harungi semua kegembiraan tu sorang-sorang .
tapi seriusly , i rasa jeles sangat harini .
tengok ni :')




pic from fb cik teq . * sori mek .

nak jugak pakai jubah merah tu . nak jugak letak topi rambu tu atas kepala ni .
tapi ..
dahlah ieka , lupakan je . nanti ada rezeki lagi , dapatlah tu .
kawan-kawan , tahniah .
*makngah , adik dah grad .
kalau makngah ada , mesti kita ada kat sana jugak kan ?
tapi biarlah , nanti ada rezeki lain , adik pegi .
adik rindu makngah sangat-sangat . adik nak kongsi semua ni dengan makngah .
i love you makngah .

Thursday, May 19, 2011

Ayah III

Hye semua !!
Korang sihat ?? harap-harap macam tu lah ye .
Eyh , ingat lagi tak pasal entry Ayah II tu ? I janji nak sambung cerita kan ?
Haiish , seriously maam malas nak story pun ada . * rasa macam tade yang nak baca .
Yelah , blog I ni rasa macam I sorang je baca -.-‘

Dari facebook .
Dari chatbox .
Weyh , seriuslly terharu kot .
Ada jugak yang nak singgah blog buruk i ni .
Okelah , I nak mula cita ni . duduk semua ,tangan dedua tongkat dagu . -.-‘
Hee J


Detik pertemuan ;
Masa tu kitorang adik-beradik semua ada rumah . I tengah masak time tu . bihun sup kalau tak silap .
Then tengah dok syok masak sambil nyanyi lagu Ella , abang I panggil . ada orang dating  datang  katanya . I pun anginlah . macamla diorang taleh uruskan . selalu ok je . haish . I pun pegilah depan sambil bawak senduk sup . ok , mmg ada orang yang I tak kenal datang . ramai pulak tu .
 *nak masuk minang I ke hape ? ^^’ DUSH !

Tapelah , kitorang jemput diorang masuk dulu . duduk dulu .
then , ada seorang pakcik mulakan . dia  tanya “ ni saiful , muslim , zulaikha ke ?? “
abang I jawablah ‘ya’ . bila dah dengar macam tu , pakcik ni terus mengaku yang dia ayah pada kami semua . hah ! GILA !
kalau korang jadi I , korang rasa macam mana ? 16tahun menghilang tanpa khabar berita sikit pun , tup-tup datang rumah mengaku kata ayah .
apa korang rasa ??

then I mintak diri pergi dapur . nak bancuh air then nak tengok sup tadi -.-‘
sambil dok bancuh-bancuh air , macam-macam persoalan yang timbul .
‘kenapa sekarang ? bukan 10tahun lepas , 8tahun lepas takpun tahun lepas ? masa arwah Makngah ada lagi ?’
‘betui ka aku ada ayah lagi?’
Haiish … kalau dilayan perasaan ni memang sampai subuh esok pun tak siap air tu .
Dahlah , I pegilah hantar air tu dengan satu jawapan . 1 rasa .
I ajaklah diorang semua minum . then I kata I nak hidangkan diorang bihun sup .


Then abang-abang datang dapur . nak tolong I katanya . chaiit!! Nampak benor nipunya ..
Abang I yang sulung tu tanya I apa yang I rasa . I nak terima ke tak ?
Bila dia tengok I diam je , dia kata kat I ;
‘ adik , buruk mana pun dia . jahat mana pun dia . dia tetap ayah adik . ayah kita semua . masih berbin dan bintikan nama dia . kita pun dah takdak  sapa adik . terimalah dia . pasal kisah dulu-dulu , itu semua kerja Allah . kita takdak hak nak menghukum dia ‘
I senyum tengok abang I . Alhamdulillah .
Itu ja yang I mampu katakan .

---------------------------------
Kitorang tukar-tukar num fon lepas makan .
Then , diorang mintak izin nak balik . masa berhadapan dengan ayah I tu , tetiba terdetik ;
‘ eyh , aku boleh salam dia ke ha ? ‘
Astaga , dia ayah kamu Zulaikha . I buang jauh-jauh persoalan tu .
Masa salam tu , dia gengam tangan I sambil renung mata I .
Dia mintak maaf . Ya Allah , hati  mana tak terusik . I rasa macam nak nangis depan dia jugak .
*nasib teringat muka buruk I bila nangis -.-‘
Oke, cancel nangis .
Then I senyum kat dia . eyh , ayah I .

Dah semua balik , kitorang semua jadi pendiam .
Haha .
‘ macam mimpi ‘ itu je yang terkeluar dari mulut I .
Dahlah ! nak kemas meja . hee -.-‘

--------------------

Hah ? macam mana ??
Dah tau cerita ? eyh , kalau koranglah , apa reaksi korang ??
-.-