Hai awak!
Salam sayang, rindu, kasih, cinta dari saya untuk awak.
Selamat hari lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan segalanya sentiasa diberkati. Ucapan tu mesti terlalu sinonim atau biasa untuk awak kan? Tapi itulah yang lahir dari hati saya. Saya tak pandai nak mengarang, saya tak pandai nak berpuitis, apatah lagi nak berjiwa-jiwa. Sorry tak dapat jadi yang pertama wishkan b'day. Sorry sebab terlalu busy dengan study week. TAPI itu tak bermaksud saya lupakan awak tau. Setiap masa, setiap jam, setiap minit malahan setiap saat saya ingatkan awak. Awak je yang suka lupa kat saya. :(
Awak, semalam awak tanya saya kan? Pernah tak saya rasa bosan dengan awak? Saya tak dapat jawab pun, sebab saya nak tunggu harini. I can give you the simple statement. Awak kehidupan saya, jadi kenapa mesti saya bosan dengan kehidupan saya kan? Sayang, cinta, kasih dan rindu saya tak pernah berubah.
Awak, terima kasih sebab selalu bagi saya semangat untuk teruskan kehidupan ni. Even sometimes saya fedup, awak sentiasa kembalikan semangat saya. Dan awak jangan risau sebab saya takkan pernah lupakan awak walaupun saya berjaya satu hari nanti. INSYAALLAH.
Semoga hubungan kita direstui oleh keluarga dan Yang Esa. Saya nak awak imamkan saya dan jadi pembimbing serta ayah yang terbaik kepada anak-anak saya kelak. Semoga semuanya diberkati dan berjalan dengan lancar kan ?? Saya sayang awak. Sekali lagi, happy birthday cinta. May Allah bless you.
No comments:
Post a Comment