ORANGkuat

Thursday, June 14, 2012

Zaman Dulu Punya Cerita.

Tetiba teringat zaman sekolah dulu. Cikgu tulis kat papan hitam. Pastu guna kapur kaler-kaler. Kapur pulak kena pegi amik kat ofis tiap kali kelas, cikgu siap pesan lagi ambik kaler apa. Sebabnya letak dekat ofis, student suka sangat 'berimaginasi' dekat papan hitam tu. Kapurkan mudah patah, so makan modallah. Macam-macam dicontengnya. Masa tu masing-masing nak tunjukkan ke'kreatif'an. HAHA. Tambah-tambah kalau ada kapur kaler-kaler. Lagi terserlahlah idea. Mencurah-curah pulak tu kan?


Kalau waktu cikgu ada mesyuarat pulak, cikgu akan pesan macam ni " ketua kelas, tolong tulis nama sapa yang bising dan berjalan ". Dan dengan segak bergayanya si ketua kelas akan tulis kat papan hitam macam ni


Tapi ini kira ok lagi lah, ada setengah tu siap tulis kesalahan lagi. Yang tu paling tak tahan. Contohnya, Nama: Ali. Kesalahan : berjalan.
Nama: Badrul. Kesalahan: berjalan dan bersembang. 
Cis, berjalan dalam kelas pun kena tulis nama kat papan hitam oo. Jangan main-main. HAHA. Then bila cikgu masuk kelas, tengok je nama kat papan hitam, dipanggilnya sorang demi sorang. Kenalah ketuk ketampi. Bergantunglah pada cikgu tu. Kadang-kadang kena 10x je, tapi kalau kesalahan lebih kenalah lebih. hehehe. Tapi yang bagusnya, tak sorang pun berani bantah. Buat je semua.. ha, baguskan?

Time paling seronok pulak, bila time rehat. Pakat serbu nak pi kantin. Masa tu nasik lemak, mee ketiaw bihun goreng semua 30sen je. Kenyang je makan. Air sirap 20sen. Masa tu bila dah kenyang makan, mula cari kudap-kudap. Selalunya benda yang murah-murah je. Macam eskem mesia takpun roti panjang. Sekupang je pun. hahah. Taktau ye roti panjang cemana?? Macam ni lah..


Balik dari kantin tapi loceng tak bunyi lagi, pakat semua pi cari port. Bukan port dating, bukan jugak port isap rokok, tapi port main rebut tiang. HAHA. Serius, benda alah ni tersangatlah FUN! yang mana kaki jenis panjang, memang syoklah main. Tapi yang jenis kaki kenet-kenet tu, mau menangis dibuatnya. heheh. Macam-macam.Then satu lagi benda alah yang student dulu suka main, fight 'raber'. Lawan pemadam, sapa kalah terpaksalah bagi pemadam dia kat yang menang tu. heheh. Selalunya guna raber seposen tu je. Yang ada katun-katun atas tu. Raber tu kan senang melantun.


HAHA. Macam-macam lagi kisah pasal student dulu. Tapi itu dulu punya ceritalah, zaman dulu punya sekolah, zaman dulu punya student. Zaman sekarang, dah tak berani nak cakaplah. Rasanya student pun dah tak takut dengan cikgu, inikan pula kalau takat tulis-tulis nama ni. Aisey, small the pieces kata diorang. Permainan diorang pulak main tumbuk-tumbuk kawan je sekarang. Entahlahkan. Oklah, renung-renungkanlah ye :)




2 comments:

pha is said...

dah lama tak main tiang.. hahaha

ieka K A M A L said...

tulah, dah lama sangat kan?
tapi kalau dah besar-besar main tiang lagi, hudoh le awok. hehe :)