ORANGkuat

Tuesday, January 3, 2012

Istilah mak/ayah sedara.


Istilah mak dan ayah saudara. Seriusly, dalam hidup I sekarang ni, mungkin I cuma ada arwah makngah je. Even adik beradik mak I 12orang. Ramaikan? Tapi yang tinggal sekarang cuma 6orang. Itupun dah ramai jugakkan? Tapi mungkin I tak perlukan mereka untuk terus hidup.


 Bukan I nak cakap besar, tapi mereka-mereka ni bukanlah hadir untuk membantu, tapi hadir untuk menghina. Saudarakah kalau macam tu? Masa I kecil, sampai harini I ingat lagi semua yang diorang pernah lakukan dgn dan adik beradik. Kalau apa yang anak diorang cakap, semuanya diorang anggap betul. Sampaikan gaduh budak-budak pun diorang nak masuk campur. Macam-macam kami pernah kena. Kena kejar dengan galah. Kena baling dengan terompah. Kena halau balik. Dan muka kami jugak hampir-hampir kena lempang dengan selipar.


 Arwah makngah lah yang selalu pertahankan kami. Dan satu ketika, pernah salah seorang dari mereka mintak nak hantarkan kami kat rumah anak-anak yatim. Masa tu, I pun dengar. Then hanya satu yang arwah makngah jawab. Dia tak pernah mintak walau satu sen sekalipun untuk bagi kami makan. Takde sapa yang boleh ambik kami dari dia. Saudarakah macam tu? Masa kecik I tak macam orang lain. I hilang mak ayah masa umur I 5tahun. Usia yang terlalu awal untuk hilang semua tu. Arwah makngahlah yang kembalikan semula kasih sayang itu. Tapi bukan diorang. Bukan diorang yang hanya tahu menghina dan mencaci.

 YES. Sampai harini I takkan lupa apa yang pernah diorang buat. Dan pernah ada yang cakap pada I dan abg-abg, jangan sesekali datang ketuk pintu rumah dia bila saat kami susah. InsyaAllah, selagi I dengan abg-abg masih waras, kami takkan lupakan semua tu. Itu janji kami. Sampai harini, kami masih mampu hidup. Arwah makngah tinggalkan kami saat dia pun tahu, yang kami boleh berdikari. Berdiri dengan kaki sendiri. Takperlu kami nak mengemis pada orang.


Jadi, bila orang tanyakan pasal mak/ayah sedara, I akan jawab mereka ada, cuma macam biskut. Saat sakit I pun, sorang pun  tak nampak batang hidung. Jadi, fikir-fikiranlah. :')

2 comments:

syahana said...

Be strong dik. You're already halfway there. Another half waiting for you :)

ieka K A M A L said...

InsyaAllah.
:)