ORANGkuat

Saturday, April 16, 2011

belilah hati mereka dulu :)

hai semua !!

Menantu tip top ??
*auw !! gatal gila kau .. -.-'

hee :) mana ada gatal ..
i cuma nak kongsi je apa rasanya kalau kita diketegorikan sebagai menantu pilihan ni .
*perasan lagi !
ahah . sgt sgt sgt lah proud tau !!
i rasa sangat bertuah sebab ditemukan dgn Mummy Daddy In Mucuks .
seriuslly mereka tersangatlah baik . masa mula mula memanglah takut takut ,tapi disebabkan ke'teror'an i dalam bidang membodek ni , so i win . i dah pun berjaya membeli hati mereka .
eyh , bukan hati Mummy Daddy Mucuks je tau ,
tapi seluruh kaum keluarga dia .
hebatkan i ?
~ buat muka kagum cepat .. hee -.-'

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salaman Pertama .
Maniskan lah muka korang macam muka i gula . Janganlah masam . then janganlah tunjukkan kegelabahan korang tu . -.-' 
jatuh saham tau . hee :)
bersalamlah dengan semua yang ada disitu . (yang sama kaum dah lah )

Janganlah Nak Romantik Sangat Depan Diorang .
hahah . ni salah satu tips i .romantiklah kat tempat lain kalau iye pun .
bukan apa , romantik yang melampau lampau pun boleh menyebabkan ketumbit sakitnya mata orang lain .
jadi , berenggang rengganglah sikit ye .
* masa time 1st i pergi rumah mucuks , dia hantar then tinggalkan i terkontang kanting sorang sorang .
lagi bertuah kan ?? -.-"

Ringan Ringankanlah Tulang Empat Kerat Tu.
hee :) bab ni i nak senyum lebaq lebaq .
hahah . sebab i memang lulus bab ni ; kata Mummy Daddy Mucuks .
janganlah malas sangat , tak perlulah nak tunggu air sampai ke lutut / depan mata .
rajin rajinlah jenguk 'bakal' dapur korang tu ye .

Jenaka Biarlah Bersopan.
tak perlulah srius sepanjang masa . dalam serius selitkan jenakanya . dan dalam jenaka biarlah ada sopannya .
i pun seorang yang double kuat gelak .
dan triple dalam melawak .
tapi Alhamdulillah , sepanjang perkenalan dengan family Mucuks ni , takde lagilah i berjenaka yang mengguris hati mana mana pihak .

Jangan Cuma Hati Mereka.
memanglah bukan mudah nak puaskan hati semua orang , tapi seperti kata pepatah ;
bagai menarik rambut dalam tepung . rambut jangan putus , tepung jangan berselerak .
ambillah hati seluruh kaum keluarga .
ramah ramahkanlah ye .
barulah kuat sokongannya :)
dan , janganlah buka aib keluarga mereka pada orang lain .

Teguran Itu Pencucuh Semangat.
kalau kita ditegur atas sesuatu kesalahan , ambillah ianya sebagai sesuatu yang positif .
janganlah cepat melenting . 
i pun pernah ditegur , tapi i anggap ianya sebagai pencucuh semangat untuk merubah sesuatu kearah kebaikkan .
Alhamdulillah .

Buatlah Semuanya Dengan Hati Yang Paling Ikhlas .
InsyaAllah , kalau kita buat semua yang dari hati yang paling ikhlas ,
semuanya akan berakhir dengan baik .
Kalau bukan jodoh kita dengan si polan pun , buatlah baik dengan mereka . tetap !
sebab bila sesuatu dibuat dengan dasar ikhlas , semuanya akan menjadi lebih lebih mudah .
Alhamdulillah .

----------------------------------------------------

hee :)
banyakkan tips nya ?
tapi betul i cakap , tips ni memang berkesan .
i pun bukanlah se'complete' 'complete' manusia .
tapi dalam bab ni , Alhamdulillah , i dah lulus ; Mummy Daddy Mucuks kata :)
cubalah tau . InsyaAllah menjadi .
dan korang mampu untuk senyum selbar yang boleh .
GudLuck !! 




5 comments:

Wani said...

wahhh . tips ni . kene cuba ! haha

ieka K A M A L said...

hee :) cubalah tau !!
insyaAllah .

yantie said...

wah!!!dasatnya awak cik zulaikha ahmad kamal....semua ahli keluarga dia awak dah amik hati..kesian hazim kecik2 lagi dah x dak hati....

yantie said...

wah!!!!dasatnya awak cik zulaikha kamal....semua ahli keluarga dia awak dah amik hati...termasuk la anak saya jugak..kesian anak saya kecik2 dah x dak hati...huhuhuh

ieka K A M A L said...

nak buat cane wahai bakal sepupu yang kenit .
saya baik sgt . hahahha
rajin bungkuih sup kat ajim :)