ORANGkuat

Saturday, February 26, 2011

berat lagi bahu memikul .

hai semua !
eyh , uols penah hadapi kehilangan tak ?
bukan kehilangan anak kucing atau boyfriend/girlfriend .
tapi kehilangan ahli keluarga .
yang rapat . yang disayangi . yang dirindui selalu .
i penah tau . lepas seorang , seorang pergi dari hidup i .

A Y A H .
i kehilangan dia semenjak umur i 4 tahun .
waktu tu , i rasa mungkin i baru nak bermanja manja dengan dia .
baru nak pandai minta mainan . mintak gula gula .
tak sempat i nak belajar mengaji . belajar menulis .
semua tu tak sempat . sebab dia dah pergi saat i baru nak pegang pensel .
dia pergi bukan menghadap yang Esa .
tetapi pergi kerana mungkin untuk mencari kebahagiaannya .
terima kasih buat In Ayah yang memberi peluang untuk i hidup dimuka bumi ini .
dan sempat bagi i rasa apa itu kasih sayang seorang ayah .
walau hanya untuk 4 tahun .

I B U .
memang tak sanggup kan ?
ibu . insan yang paling berharga dalam hidup semua orang .
tapi i jugak dah kehilangan dia .
15 tahun yang lepas . setahun selepas In Ayah pergi .
anak mana yang sanggup kan ? saat tu i rasa terlalu kecil untuk i kehilangan keluarga .
dan untuk menghadapi semua ini .
masa tu jugak , hati siapa tak diruntun pilu , bila si anak kecil ini merayu pada semua orang .
dan bertanya bermacam macam soalan .
' Adik nak ikut mak pegi Mekah jugak . Janganlah tanam mak lagi . '
' Janganlah ikat mak macam tu , nanti mak tak boleh nak bernafas '
' Adik dah tak dapat jumpa mak dah ka ? '
i cuma tahu semua ni bila Pn Makngah membuat flashback . ;/
hee . sedihkan ?  Pn Makngah selalu menitiskan air mata bila weols ( i & abang abang ) mengadu rindukan Pn Ibu .
uols tau tak ? dari kecik sampai besar , i tidur berlapikkan kain batik Arwah Pn Ibu .
sampai sekarang . Kemana mana pun i mesti bawak .
Pn Makngah cakap , i akan selalu dekat dgn Pn Ibu bila i ada dengan kain tu .
Walau bukan depan mata , tapi selalu dihati .

M A K N G A H .
Insan yang paling mulia i pernah jumpa . insan yang sanggup lakukan apa saja untuk weols .
15 tahun juga weols menumpang kasih dan sayang dari dia .
i tahu , dia terlalu sayangkan anak anak yatim ini .
tapi kenapa dia dirampas jugak ?
i terlalu rindukan dia .
dia baru lagi hilang dari hidup i . baru nak setahun .
saat dia hilang , memang hancur sangat hati i .
hilang semua kekuatan . hilang semua harapan .
dan i jugak hilang sepupu sepupu i . hilang semua anak anak sedara .
i jugak hilang panggilan maksu .
sapa tak rindukan ? 
orang yang tak tahu , orang mesti cakap i kuat .
semua tu salah . i tak kuat untuk semua ini .
tapi semua dah terjadi . i cuma mohon jangan i hilang abang abang i .
itu saja sekarang . merekalah kekuatan i sekarang .

untuk Pn Ibu & Pn Makngah ,
terima kasih atas semuanya .
Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman dan beramal soleh .
A M I N .

untuk In Ayah ,
adik ngn abang abang tak pernah berdendam .
kalau ayah datang balik pun , InsyaAllah kami terima .


untuk abang abang ,
kalian yang terbaik . terima kasih untuk semuanya .
Jangan tinggalkan adik tau .
nanti adik nak gaduh dgn sapa kan ?


untuk kawan kawan rapat ,
mungkin inilah punca utama i kuat touching .
maybe kan ? i selalu nak tanya kat korang ,
' i nak tumpang mak dan ayah boleh tak ? '


untuk diri i sendiri .
buanglah jauh jauh persoalan yang tak pernah terjawab tu .
' kenapa orang lain ada mak ayah sendiri , kenapa i takdak ? '
Zulaikha Binti Ahmad Kamal ,
kuatkan hati , teguhkan iman .
ini semua dah tertulis .
Allah itu Maha Mengetahui . Dia tahu kamu mampu lalui semua ini .
Semoga kau terus tabah .






p/s ;
sayanglah mereka selagi 
mana mereka ada didepan mata .
kalau uols tanak sayangkan mereka ,
bagilah kat i .
InsyaAllah i akan sayangkan mereka .

12 comments:

~Anis Aisyah~ said...

ieka, meh dtg umah k.anis..
mak k.anis nk jumpe!
cepat!

Manis Ross said...

akak,tyra nangis baca cerita akak .. sabar ea ? akak mmg seorg fades yg kental .

ieka K A M A L said...

jauh lah kak anis .. cane nak pi .
krimsalam kat mak 'kite' tu tau :)

ieka K A M A L said...

tyra ; InsyaAllah . kental pada mata orang . dalam hati , sapa tau kan ?
akak cuba yang terbaik . doakan .

~Anis Aisyah~ said...

ok..:)
klu nk dtg, bgtaw taw, mak "kite" tggu ika PULANG... :)

ieka K A M A L said...

yes ! kak anis jgn jels :p

lavender harum wangi said...

okie kagum~ so who do u live with now? chill girl, be strong~ tuhan xkan uji kita kalau kita xmampu hadapi ujian tu :)

ieka K A M A L said...

now ? i stay dengan dua orang abg i .
i jadi mak . hari hari masak untuk drg :)

BFF said...

be strong girl..
insyallah allah akan beri sesuatu utk kita setelah lama menguji kita dgn ujian yg hebat..

sentiasa doakan mak dgn mak ngah.. biar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

(chip chup)

ieka K A M A L said...

tqsm chip chup .
i love them so much . tp i hilang dedua . down sungguh rasanya .

*you so handsome balik :)

Mr.TN_SkY said...

hurm..sabar ye..allah menguji kerana sayang......dan tiada ujian jika kita tidak mampu memikulnya ..be strong, have smile..n go forward...u can make ur family proud! bykkkan doa untuk mereka...salam kenal dari sky =_=

ieka K A M A L said...

tengs sky .
tapi rasa mcm terlalu besar kan .
tp , i redha . sebb tu semua dah tertulis kan :)
tengs for ur support :)