Tadi i pegi bank . I nak keluarkan duit . dekat depan bank tu ada seorang lelaki muda . bersongkok . kat depan dia ada tabung . tabung derma untuk Rumah Anak Anak Yatim . dia tegur dan bagi salam kat semua yang lalu kat situ sambil tunjuk tabung tu . kebanyakkan yang keluar dari bank tu semua berkereta hebat , berpakaian cantik . bangga pula melihatnya . tapi yang hampanya , mereka berlalu macam tu saja . sedihnya melihat keadaan macam ni .
kita mampu berkereta mewah . berpakaian hebat .
makan sedap sedap . handfon secanggih yang boleh .
tapi setakat RM5 pun tak boleh ka kita hulurkan kat diorang ?
kalau tak mampu berikan mereka kasih sayang ,
apa salahnya kalau kita penuhi keperluan mereka ?
mereka juga manusia .
mereka perlukan sama sepertimana yang anda semua perlukan .
cuma nasib mereka tak sebaik anda .
hidup tanpa mak ayah bukanlah semudah 123 .
tapi ianya sepahit peria .
jadi bersyukurlah .
kita tak tahu apa yang bakal jadi dimasa akan datang .
mana tahu nanti anak cucu kita yang berada dalam situasi ini ?
mesti sedihkan bila orang buat macam tu ?
sama samalah kita renungkan .
"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
No comments:
Post a Comment