ORANGkuat

Wednesday, May 22, 2013

Sedih :(



Mungkin entry kali ni menyedih-nyedih sikit. Mungkin ada yang meluat.Tapi inilah yang kite rasa. Dah nak dekat-dekat tarikh ni, lagi sensetif hati ni. Rindunya hanya Allah je yang tau. 

Mak, Makngah..adik nak kawin dah. Tak sempat mak, makngah nak tengok adik kawin. Tak sempat nak tengok adik diakad nikah, tak sempat nak tengok adik naik pelamin. Tak sempat adik nak peluk, nangis dibahu tanda bersyukur. Dah besar dah adik. Dah nak jadi isteri orang dah. Masa dulu mak tinggal adik, adik baru nak kenal dunia. Baru nak belajar itu ini. Allah gantikan dengan Makngah. Bila dengan makgah, adik belajar erti hidup. Erti susah, erti senang. Tapi, tengah-tengah adik khusyuk belajar tentang kehidupan, Allah ambik makngah dari adik. Dan sekarang, Allah gantikan bakal suami buat adik. Allah Maha Adil kan? Maha Kaya dan Maha Penyayang. Setiap satu yang Dia jadikan, pasti ada hikmah. Mungkin dari sini adik belajar macam mana nak hidup berdikari.

  Mak, Makngah..susah sebenarnya nak uruskan majlis ni. Lagi susah bila takde orang tua. Ada masa, adik rasa fedup sgt. Rasa putus asa. Tapi bila difikirkan balik, adik kena terus kuatkan? Makngah tinggalkan kak nah dengan kak ana yang selalu ada dengan adik. Susah senang. Terima kasih. Setiap jasa dan keringat diorang adik takkan lupa.

Mak, Makngah.. dalam rasa sedih, adik rasa adik adalah adik yang paling bertuah. Adik ada abang-abang yang terlalu sayangkan adik. Adik tau tu. Adik rasa takkan ada abang yang baik macam diorang. Mungkin dah diajar, diorang tak bagi adik cerita susah kami dekat orang. Dia kata, biar kami je yang rasa. Sebab orang lain takkan faham.

Mak, Makngah.. lagi beberapa hari, tamatlah zaman bujang adik. Adik nak mintak restu mak, makngah. Restuilah perkahwinan adik. Adik akan cuba yang terbaik. Adik akan cuba jadi sekental mak dan sehebat makngah. Adik cuba untuk jadi isteri yang solehah buat si bakal suami. Mak, makngah..doakan adik ye. Walau siapa pon adik nanti, walau jauh mana pon adik pergi, adik takkan lupa jasa orang-orang yang banyak membantu. Sekali lagi, terima kasih semua :')

4 comments:

Budak Giler Cadbury said...

al-fatihah utk mereka. awak kuat syg, tahniah sebab tak lama dah nak jadi isteri org :) pikul tanggungjawab tuh betul2. insyaallah doa mereka sentiasa dengan awak

ieka K A M A L said...

tq awak. Doakan kite sentiasa kuat :') *hugs

MIERRA ABU BAKAR :) said...

Be strong sayang. Menitis air mata baca ni :'(

ieka K A M A L said...

thanks syg. Alhamdulillah, semuanya dah selesai :)